MOSCOW: British Airways bakal membatalkan kira-kira 10,000 penerbangan dalam tempoh enam bulan akan datang susulan isu had kapasiti penumpang di Lapangan Terbang Heathrow, lapor media pada Isnin.
Minggu lalu, Lapangan Terbang Heathrow London meningkatkan jumlah penerbangan sehingga 29 Okt untuk menyediakan lebih banyak peluang kepada pelanggan melakukan perjalanan.
Had maksimum penumpang harian yang berlepas dari lapangan terbang itu ialah 100,000 orang dan telah diperkenalkan Julai lalu untuk meningkatkan keyakinan penumpang selepas beberapa insiden mogok oleh pekerja hingga menjejaskan syarikat penerbangan itu, lapor Sputnik.
"Walaupun sebahagian besar pelanggan kami akan menikmati perjalanan seperti dirancang, kami perlu membuat beberapa pembatalan sehingga akhir Oktober," kata jurucakap syarikat penerbangan itu.
Selain itu, notis mengenai beberapa penyelarasan jadual turut diedarkan kepada pelanggan yang ingin melakukan perjalanan ketika musim sejuk, termasuk menggabungkan beberapa penerbangan jarak dekat ke destinasi yang mempunyai pelbagai kemudahan.
Jurucakap itu berkata, lebih 600 perjalanan pergi dan balik bakal dibatalkan sehingga 29 Okt, dan pelanggan yang terjejas akibat perubahan ini akan ditawarkan penerbangan alternatif dengan menggunakan khidmat British Airways atau syarikat penerbangan lain atau boleh menuntut bayaran balik. - BERNAMA
Bernama
Tue Aug 23 2022
British Airways bakal membatalkan kira-kira 10,000 penerbangan dalam tempoh enam bulan akan datang susulan isu had kapasiti penumpang di Lapangan Terbang Heathrow, London. - Gambar fail
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: ABIM gesa rakyat bertenang, serah siasatan kepada PDRM
ABIM menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada PDRM serta pihak berkuasa berkaitan.
Jemaah Islamiyah masih berakar umbi?
Bersama Pertahanan, Keselamatan dan Kajian Strategik UPNM, Prof Dr Mohd Mizan Mohammad Aslam.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Kawalan balai, kawasan profil tinggi dipertingkat - KPN
Kawalan keselamatan di balai polis dan kawasan yang melibatkan individu berprofil tinggi termasuk istana akan dipertingkatkan susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi tadi.
Ambil serius luahan petugas kesihatan - Cuepacs
Cuepacs menggesa kerajaan supaya melakukan siasatan menyeluruh mengenai isu kekurangan doktor dan petugas kesihatan di beberapa hospital.
[LAPOR LANGSUNG] Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Kawalan balai, kawasan profil tinggi dipertingkat
Dalam kejadian 2.45 pagi itu, tiga disahkan maut iaitu dua anggota polis dan suspek yang berusia lingkungan 30-an.
Agong zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa serangan Balai Polis Ulu Tiram
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menzahirkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serangan Balai Polis Ulu Tiram, Johor.
'Sanusi bukan pengganas' - Peguam
Menurut peguam, Awang Armadajaya Awang Mahmud, Datuk Seri Sanusi merupakan seorang Menteri Besar Kedah, bukannya pengganas.
Balai Polis Ulu Tiram diserang: Dua polis maut, seorang cedera ditembak, ditetak
Bersama wakil Astro AWANI Johor, Siti Nur Aqiela Omar, untuk mendapatkan perkembangan terkini dari lokasi.
Presiden Kazakhstan nyatakan kesediaan tingkatkan interaksi, kerjasama dengan Malaysia
Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev menyatakan kesediaan negaranya untuk meningkatkan interaksi dan kerjasama dengan Malaysia semasa lawatan rasmi Perdana Menteri ke ibu negara Astana.
Reddit, OpenAI umum kerjasama, kandungan akan diintegrasikan dalam ChatGPT
Dalam pengumuman kerjasama ini, Reddit menjelaskan yang data-data dan kandungan merekan akan diintegrasikan ke dalam ChatGPT. Dengan
British Airways sambung semula laluan ke Kuala Lumpur November ini
British Airways akan menyambung semula laluannya ke Kuala Lumpur mulai November ini.
50 penerbangan British Airways batal akibat masalah IT
Terdapat lebih 50 penerbangan yang berlepas dari Heathrow dibatalkan dan syarikat penerbangan itu meminta penumpang menyemak status penerbangan mereka sebelum pergi ke lapangan terbang.
Mogok: British Airways batal berpuluh penerbangan menjelang cuti Easter
British Airways pada Isnin mengumumkan pembatalan kira-kira 32 penerbangan sehari membabitkan Lapangan Terbang Heathrow London pada permulaan cuti Easter akibat mogok.
British Airways benar kru kabin pakai tudung
Reka bentuk pakaian seragam itu dihasilkan oleh pereka fesyen Britain, Ozwald Boateng selama lima tahun dan telah ditangguhkan sejak 2020 akibat pandemik COVID-19.
British Airways batalkan 10,000 penerbangan untuk tempoh 6 bulan akan datang
Lebih 600 perjalanan pergi dan balik bakal dibatalkan sehingga 29 Oktober.
Enjin pesawat British Airways terbakar di lapangan terbang
Semua penumpang dan anak kapal berjaya dikeluarkan dengan selamat dari pesawat berkenaan.
COVID-19: British Airways mohon penerima vaksin diberi kebenaran lakukan perjalanan tanpa sekatan
Syarikat penerbangan British Airways menyatakan individu yang telah disuntik vaksin COVID-19 perlu dibenarkan melakukan perjalanan tanpa batasan.
British Airways sambung semula penerbangan ke Malaysia
Syarikat penerbangan itu akan membawa semua pelanggannya ke London dan laluan penerbangan lain dalam rangkaian penerbangannya sekarang.
British Airways henti perkhidmatan Boeing 747
British Airways akan menghentikan perkhidmatan pesawat itu dengan segera susulan kemerosotan industri pelancongan akibat COVID-19.
British Airways jual koleksi seni untuk dapatkan dana
Syarikat itu berkata koleksi berkenaan merangkumi karya seni Damien Hirst, Bridget Riley dan Peter Doig, satu daripadanya dipercayai bernilai lebih US$1 juta.